ASSALAMUALAIKUM w.b.t
Al-hamdulillah pada Allah dikurniakan kesihatan badan kepada saya membuka satu lagi cabang rezeki untuk saya dan keluarga. Kini saya bergelar HEALTH PLANNER untuk COWAY.
Kenapa COWAY?
Saya adalah pengguna Coway selama 3 tahun dan saya amat berpuas hati dengan produk dan servis yang Coway berikan. Selepas berkahwin dulu, saya dan suami tinggal di rumah sewa. Masa mula-mula masuk rumah, kami hanya ada set bilik tidur dan meja makan saja. Perabot lain memang tak ada. Dapur pun kosong saja sebab saya tak masak. Maklumlah weekend wife kan. Hehe..
Saya dan suami memang akan buat stok air mineral banyak-banyak sebab nak masak air direct from pipe tanpa ditapis, memang tak yakin.. :p Jadinya, botol-botol mineral kosong memang banyak sangat kat rumah. Saya pun terfikir nak cari water filter sebab memang benda ni sekarang jadi benda keperluan. Sebagai isteri, saya kenalah menjaga kesihatan kami sekeluarga.. :)
Cash @ CC Installment @ Rent?
Masalahnya, semua penapis air yang saya jumpa mesti kena beli cash or credit card installment. Keadaan kewangan saya ketika itu tak membenarkan saya membeli secara tunai atau installment penapis air tersebut. Akhirnya saya berjumpa Coway. Saya tertarik dengan konsep Rent-To-Own yang diperkenalkan. Dengan hanya membayar sewa bulanan saya dapat penapis air yang berkualiti dari Coway. Al-hamdulillah..
Servis dari Coway pun memang bagus. Setiap 2 bulan sekali akan ada Cody yang datang ke rumah untuk servis dan menukar alat ganti yang berkenaan. Semuanya percuma..
Ini adalah pilihan saya ketika itu.
Coway HALAL
Coway diiktiraf HALAL tau oleh JAKIM. Halal ni bukan bermaksud boleh makan ye.. JAKIM telah menyatakan bahawa alat penulen air Coway dan penapisnya telah memenuhi syarat-syarat Halal mengikut hukum Syarak. Kini Rakyat Malaysia khususnya umat Islam tidak perlu ragu-ragu lagi dalam menggunakan produk Coway.
Sekarang setelah bergelar Coway Health Planner, saya ingin membantu
lebih ramai orang jatuh cinta dengan Coway. Saya YAKIN dengan COWAY.
Berminat?
Jika anda berminat untuk mencuba penapis air dari Coway, boleh la hubungi saya. Saya akan bantu anda untuk menikmati kesihatan yang berkualiti, In Sha Allah.



No comments:
Post a Comment